Wednesday, 30 August 2017

Pembinaan Bermula

Kerja pembinaan  fasa pertama telah dimulakan oleh Haji dengan mengorek tanah untuk pembinaan pad footing sebayak 28 lubang. Saya di beritahu kerja-kerja mengorek ini amat rumit kerana tanah di sini amat keras sehingga patah besi pengorek di buatnya.

Nak tahu tanah ni keras ke lembut dengan melihat air hujan yang terdapat dalam tanah yg telah dikorek. Kalau air didalamnya x kering dalam 2 hingga 3 hari maka keras lah tanah tu. Gambar diambil pada 9/9/17.
















Monday, 24 April 2017

Rumah kongsi

Pada 25/4/2017 hari selasa, Hj telah hantar kayu untuk dibuat rumah kongsi oleh pekerjanya di tapak pembinaan. Ini menandakan projek pembinaan rumah akan dilakukan tidak lama lagi.

Pembinaan rumah kongsi dalam pembinaan lawatan pada 9/9/2017.




Monday, 17 April 2017

Pemasangan Meter Elektrik

Pemasangan meter elektrik sementara juga diurusakan oleh kontraktor. Bayaran yang dikenakan oleh TNB telah kami bayar kepada Haji  sebanyak RM2800 untuk pemohonan meter elektrik sementara. BIla dan dimana Haji yang akan tentukan.

Nasihat Haji lagi, kalau boleh jangan menggunkan meter elektrik dari  rumah yang berdekatan, kerana nanti akan timbul masalah kemudian hari. Biar susah keluarkan wang dahulu, bila rumah siap nanti senang diuruskan cuma perlu pindah supaya menjadi meter tetap sahaja.

Pemasangan Meter Air

Pemasangan meter air sementara telah diuruskan oleh kontraktor, kami hanya perlu membayar jumlah yang dikenakan oleh Syabas. Bayaran pertama telah dibuat kepada Haji sebanyak RM3000 untuk urusan pemasangan meter air. Haji akan tentukan bila dan dimana ianya akan dipasang.

Haji menasihati kami, kalau boleh jangan guna air dari rumah yang berdekatan kerana dari pengalamannya nanti akan timbul masalah dikemudian hari. Biar susah dahulu kerana wang yang banyak perlu dikeluarkan, nanti bila rumah sudah siap meter air hanya perlu dipindahkan sahaja. 

Bayaran tambahan RM3500 dikenakan kerana pihak Syabas hanya memasang meter di bawah sahaja. Jadi pihak Haji mengenakan kos tersebut untuk membeli polypaip berukuran 3/4 inci x 200 meter.


Tangki sementara telah di pasang manakala anak panah itu menunjunkan longkang yang perlu di korek untuk meletakan polypaip di dalam longkang itu.



Saturday, 15 April 2017

Pencerobohan


Berita yang mengejutkan kami terima dari kontraktor yang mengatakan jalan dan longkang telah rosak teruk kerana lori telah menggunakan jalan tersebut untuk mengangkut tanah. Tanah bukit dibahagian belakang tanah kami yang dulunya tinggi telah dikorek lebih kurang 50 kaki ke bawah betul-betul di batu sempadan yang telah ditanda.  


Aduan yang telah dibuat di http://stars.selangor.gov.my/

Aduan yang telah di buat kepada pihak polis

Kami telah membuat laporan kepada pihak polis sebanyak 2 kali  serta membuat aduan kepada pihak majlis supaya mengambil tindakan kepada pemaju itu yang difahamkan tidak mempunyai permit. Notis dari pihak majlis juga telah dibuat untuk memberhentikan sementara kerja-kerja mengorek tanah tapi masih lagi beroperasi. Pihak polis ada datang untuk melihat sendiri kesan pencerobohan tanah di situ, tapi pihaknya tidak dapat berbuat banyak perkara dan menyuruh rujuk ke Pejabat Tanah Sepang.

Saya telah menghubungi pemaju tersebut melalui no hp yang telah diberi oleh pihak polis. Pemaju itu mengatakan akan membaiki jalan dan longkang serta akan membina retaining wall. Dia  memberitahu akan membina bagunan 2 tingkat di tanah itu, dalam masa 3 bulan lagi projek pembinaan akan dimulakan.

Biarlah gambar-gambar ini berbicara bertapa kecewa dan sedihnya hati ini :(

Sebelum

Selepas
   

Terkini
Kerja -kerja membaiki jalan dan longkang sedang dilakukan oleh pemaju tersebut




 

Kerja-kerja mengorek tanah masih berjalan - Cerun semakin dalam kira-kira 50 kaki.








 

DO sepang turun untuk melihat keadaan pada 18/04/2017

 Macam dah cabut lari...
 Tiada lori keluar masuk
DO dan staff meninjau kawasan

Maklum balas dari Pejabat Daerah Sepang di email pada 2/5/2017


From: Pejabat Daerah Sepang <sepang@selangor.gov.my>
Date: 2017-05-02 12:31 GMT+08:00
Subject: Re: Aduan STARS (A0068/04/17-1) - Kerja Pengambilan tanah yang menjejaskan jalan, longkang dan cerum yang membahayakan
To: "idaharyanti@ukm.edu.my" <idaharyanti@ukm.edu.my>
Cc: "Aidatulhusna Binti Ab. Razak" <aidatulhusna@selangor.gov.my>, Rosli Bin Abd Hamid <rosli@selangor.gov.my>, Muhammad Radzi Bin Tasrip <radzitasrip@selangor.gov.my>, Mohamad Zahir Bin Mahamad Ridzuan <zahirridzuan@selangor.gov.my>
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Puan,

KERJA PENGAMBILAN TANAH YANG MENJEJASKAN INFRASTRUKTUR JALAN, LONGKANG DAN CERUM YANG MEMBAHAYAKAN
No. Aduan STARS: A0068/04/17-1 



Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

2.    Untuk makluman pihak puan, Pentadbiran ini telah melakukan rondaan sebanyak 15 kali dan  mengarahkan pengusaha untuk menghentikan aktiviti pengalihan bahan batuan yang dijalankan di setiap rondaan tersebut. Pengusaha juga telah dinasihatkan agar membuat permohonan permit berikutan tiada lagi sebarang permohonan permit pengalihan bahan batuan yang dibuat oleh pengusaha terbabit.

3.    Berdasarkan maklumat dan laporan yang diterima, Unit Penguatkuasaan Pejabat Tanah dan Galian Selangor juga telah melakukan pemantauan di tapak tersebut dan telah mengarahkan kerja-kerja tapak dihentikan pada 27 Mac 2017 namun pengusaha masih ingkar mematuhi arahan yang dikeluarkan.

4.    Hasil pemantauan dan risikan juga didapati pengusaha tanah ini bertindak licik dengan menempatkan TONTO bagi mengawal pergerakkan dan mengelirukan Unit Penguatkuasaan Pentadbiran ini. Susulan pemantauan yang telah dibuat mendapati kerja-kerja tanah hampir selesai dan semua jentera berat telah dikeluarkan dari tapak.

5.    Pentadbiran ini juga akan mengeluarkan dan menyerahkan Notis Pentadbiran kepada pemilik tanah bagi Lot tersebutbagi kesalahan dibawah Seksyen 426 Kanun Tanah Negara 1965.


Sekian, terima kasih.


“MEMBANGUN BANGSA MEMAKMUR NEGERI“
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA“
Saya yang menurut perintah,

Unit Aduan
Bahagian Khidmat Pengurusan
Pejabat Daerah/Tanah Sepang
Tel:  03-87061211/1212/1213
 Fax: 03-87064612
 Emel: sepang@selangor.gov.my


_________________________________________________________________________________


KERJA PENGAMBILAN TANAH YANG MENJEJASKAN INFRASTRUKTUR JALAN, LONGKANG DAN CERUM YANG MEMBAHAYAKAN
No. Aduan STARS: A0068/04/17-1 

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2.            Untuk makluman pihak puan, pentadbiran Pejabat Daerah/Tanah Sepang mengambil maklum terhadap aduan yang diterima melalui Sistem Talian Aduan Rakyat Selangor (STARS) dan aduan tersebut telah dipanjangkan ke Unit Teknikal & Penguatkuasaan, Pejabat Daerah/Tanah Sepang untuk semakan dan siasatan selanjutnya.

3.           Unit Teknikal & Penguatkuasaan, Pejabat Daerah/Tanah Sepang akan memberi maklum balas berkaitan aduan tersebut kepada pihak puan setelah hasil semakan dan siasatan telah diperolehi.

Sekian, terima kasih.
“MEMBANGUN BANGSA MEMAKMUR NEGERI“
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA“
Saya yang menurut perintah,

Unit Aduan
Bahagian Khidmat Pengurusan
Pejabat Daerah/Tanah Sepang
Tel:  03-87061211/1212/1213
 Fax: 03-87064612

_________________________________________________________________________


KES PCB.228587 : ADUAN TERHADAP PENCEROBOHAN KE ATAS TANAH SAYA DI LOT 103976/GM 7076 JENDERAM HILIR OLEH PIHAK PENGUSAHAN TANAH YANG MENGOREK SERTA MENGELUARKAN TANAH DARI TANAH BERSEBELAHAN.



Salam Sejahtera & Salam 1Malaysia,
Tuan/Puan,

Sebagai makluman, kes Aduan Tuan/Puan rujukan PCB.228587  telah selesai disiasat oleh pihak Biro Pengaduan Awam (BPA). Sehubungan dengan itu, dilampirkan Surat Keputusan hasil siasatan sebagai rujukan pihak Tuan/Puan.

Tuan/Puan boleh membuat semakan status kes  dan memberikan maklum balas terhadap perkhidmatan BPA dengan melayari (klik) ruangan “SEMAK MAKLUMBALAS”.ini .

Sekian, terima kasih.

BIRO PENGADUAN AWAM NEGERI SELANGOR
Jabatan Perdana Menteri
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


________________________________________________________________________________



Menunggu maklum balas dari Pihak BPA tetang pertemuan antara agensi yang terlibat dengan pemilik tanah.