Banyak
pengalaman yang telah kami lalui semasa
pemilihan arkitek, ada yang bina pelan rumah melebihi budget yang kami
kehendaki, ada yang buat separuh jalan kemudian bagi orang lain sambung buat,
lepas itu ada yang mintak bayaran lepas itu hilang. Kecewa dengan apa yang kami lalui selama ini.
Hampir 2 tahun juga kami mencari arkitek yang betul–betul menepati budget dan
rekabentuk mengikut kehendak kami akhirnya telah kami temui. Setelah berjumpa dan berbicang tentang bayaran dan pelan rumah yang kami kehendaki, kami bersetuju melantik beliau sebagai konsaltan.
Beliau telah membantu kami untuk mendapatkan kelulusan pelan infra yang kami tidak
dapat dari penjual tanah. Proses ini mengambil masa setahun lebih kerana
terlalu rumit disebabkan belum ada rumah yang dibina di lot-lot itu. Hasil
perbincangan dengan penjual tanah kami sepakat dalam beberapa orang yang
membeli tanah lot di situ untuk membuat bayaran bagi membolehkan pelan infra
dapat dibuat dan mendapat kelulusan.
No comments:
Post a Comment