Pemilihan
peguam hendaklah yang telah biasa berurusan dengan Jabatan Perumahan kerana
dokumen yang dikehendaki dapat disediakan dengan sebaik mungkin dan dapat
menasihati kami tentang persiapkan dokumen
yang dikehendaki untuk urusan pinjaman.
Bayaran yang dikenakan
Pengalaman mencari peguam
Kami
telah dicadangkan oleh konsaltan untuk melantik peguam yang telah biasa
berurusan dengannya iaitu Pn Marni di Bangi. Kami datang ke pejabat beliau
setelah membuat temujanji untuk mandapat maklumat tentang bayaran, dokumen dan
sebagainya.
Bayaran
yang diperlukan ialah 10K tapi boleh dibayar 2 kali sebelum dan selepas mendapat pinjaman. Bayaran untuk
peguam ada pengiraan yang telah ditetapkan semakin tinggi pinjaman yang kita
lakukan semakin tinggi bayaran yang perlu di bayar.
Kami
ada membuat perbandingan dengan peguam lain tentang bayaran, pengiraannya lebih
kurang sama. Rupanya pengiraan telah ditetapkan oleh majlis peguam. Di sini
kami mengambil kira pengalaman peguam dalam mengurus pinjaman perumahan.
Setelah berbincang kami telah melantik peguam iaitu Pn Marni kerana pengalaman
luas yang dimilikinya dan lokasi pejabat di Bangi memudahkan kami berurusan
dengannya.
Kami mengumpul dokumen yang diperlukan termasuk dari kontraktor untuk peguam menyiapkan dokumen perjanjian untuk simpanan. Peguam telah menyiapkan dokumen yang perlu kami serahkan untuk membuat pinjaman perumahan nanti. Setelah membuat pemohonan secara online dan berurusan dengan jabatan penilaian serta LPPSA berjalan lancar.
Dokumen Perjanjian diantara tuan rumah dengan kontraktor yang disediakan oleh peguamKami mengumpul dokumen yang diperlukan termasuk dari kontraktor untuk peguam menyiapkan dokumen perjanjian untuk simpanan. Peguam telah menyiapkan dokumen yang perlu kami serahkan untuk membuat pinjaman perumahan nanti. Setelah membuat pemohonan secara online dan berurusan dengan jabatan penilaian serta LPPSA berjalan lancar.
Info dari peguam melalui whatsapp
[2:22 PM, 4/25/2017]: slm puan maaf menganggu.. nk tye biasa berapa lama yea proses nk
dptkan 10% tu? sbb kontrator minta tye
[2:22 PM, 4/25/2017]: Wslm
[2:22 PM, 4/25/2017] : Bukan sekejap boleh dpt sbb lepas u sign agreement loan, lppsa sign
[2:22 PM, 4/25/2017] : Signing will take sebulan lebih kurang.
No comments:
Post a Comment